hello !

assalamualaikum, aku dh masuk asrama...maaf lah sebab dah lama tak post something dekat blog nie, hehe...aku kan duduk ASRAMA ! hahaa..KPeace (Y)

how's your day? i'm fine...best gak lah duduk asrama, ramai kawan...we just like a familys <3 happy tau duduk asrama ! hehhee, kalau kehendak kita nak masuk asrama n ikhlas nk duduk dekat situ, insyaallah...semuanya berjalan lancar...hanya berdoa kepada Allah agar semua kehendak kita duduk asrama tak pudar...amin ~~

jom kita tngk topik kita ari nie, ohh! topik kita ialah......kenapa make up tak elok untuk kaum2 Hawa ? hermmm, pelikkan ? yeah..maybe korang kat luar sana pakai makeup kan ? aku tak pakai..aku just pakai bedak baby johnson je..haha! make up ni sudah mempunyai kandungan yang dah bercampur aduk...sama ada ia berkhasiat untk kulit ataupun tidak itu Wallahhualam...lagi satu sebab tak elok pakai makeup...example nye lah kan, korang keluar rumah nk dating ngan BF korang..pakai lah makeup bagai..eyeshadow,base powder,blusher,lipstik merah untk kelihatan romantik...cantik lah, memang cantik lah kan...then, dalam perjalanan, korang ter excident..and didapati meninggal dunia...ketika orang sedang memandikan jenazah korang..dorang tak dapat menghilangkan makeup...but why? sebab, ketika kita mati..darah dalam badan kita akan stop mengalir and satu badan kita sejuk...makeup2 yang korang pakai tadi tuh..akan beku dekat situ and jadi melekat...untk pengetahuan korang, mandi jenazah ada cara2 dia..tak boleh kasar2.kena lembut2, supaya kita tk seksa mayat tuh...then, macam mana nk hilangkan makeup ? subhanallah...moga2 kita tidak mati seperti itu..and semoga kita mati disamping keluarga dan orang2 tersayang, semoga kita mati dalam keadaan yang tenang...amin~~

info: Cikgu BM kelas 2 Amanah <3

Cinta Pertama ♥ (Part2)

         Pelajar lelaki itu terus menuju ke meja di belakang aku, aku melihatnya tanpa berkelip dari dia mula berjalan ke belakang, aku rasa mungkin dia rasa tidak selesa dengan pandangan aku tetapi aku tidak ambil peduli tentang itu kerana aku masih tertanya-tanya dengan hati aku, apakah perasaan yang sedang aku alami sekarang."Baiklah kelas! Kita sambung pembelajaran kita, Farhan keluarkan buku Sejarah dan cikgu ingin kamu gunakan 2 buah buku panjang, 1 untuk nota dan satu lagi untuk latihan ok." Tegas Cikgu Lily memberi arahan, aku berhenti dari lamunan dan terus memberi perhatian.

         Setelah tamatnya mata pelajaran Sejarah, aku menoleh ke belakang lalu berkata, "Hai, aku Najwa Liyana kau boleh panggil aku Najwa ataupun Liyana.Aku nak panggil kau apa?" "Hai Najwa, awak boleh panggil saya Farhan kalau boleh saya mahu awak panggil saya Aan." Sambil tersenyum.Aku terkejut lalu mentertawa kannya, cara percakapannya seperti seorang lelaki yang tiada sifat lelaki."Kau ni ok ke tak?Cakap macam maknya je, geli aku!" Lalu terus ketawa.Farhan menundukkan mukanya yang terasa dirinya begitu terhina, aku terus berhenti ketawa dan memujuknya "Lah! Lek lah, aku main-main je.Takkan nak merajuk kot.Kita kawan ok!" Farhan terus mengangkatkan mukanya dan tersenyum.Senyumannya terlalu ikhlas, bukannya seperti Faiz dan Shafiq senyumannya tidak ikhlas dan kelihatan sombong.

        Setelah tamat sesi persekolahan, aku,Mila,Syara dan Danisha menuju ke pintu pagar sekolah tiba-tiba kami terasa bagaikan ada seseorang yang sedang mengekori kami dari belakang, tanpa segan silu aku terus menoleh ke belakang dan terkejut rupa-rupanya dia adalah Aan ataupun Farhan."Wawa boleh saya tahu, awak tinggal dimana?" Aku dan kawan-kawan aku yang lain pelik, Wawa? Siapakah Wawa? Lalu Syara bersuara "Siapa Wawa?Mana ada Wawa dekat sini.Kau salah orang kot.""Wawa itu Najwalah." Lalu dijawab oleh Aan.Aku terkejut, indahnya nama panggilan aku.Lembut bunyinya.Wawa, boleh tahan juga."Oh, aku ke? aku fikir awek kau tadi.Aku duduk dekat Taman Permata 1, kenapa?Kau duduk dekat mana?""Oh, saya duduk dekat Taman Permata 2,kalau tak silap Taman Permata 1 dekat belakang Taman Permata 2 je kan?" aku tersentap, ye tak ye jugak Aan ni cakap.Kalau Mila duduk dekat Taman Awana dengan Syara, Danisha pula ibunya yang ambil.Aku selalu balik berseorangan dan terpaksa mengharungi jalan yang penuh dengan budak nakal-nakal melepak, kata hati aku."Woo! Najwa, kau dah ada teman nak balik rumah lah sekarang kan? senang lah kau nanti.Tak payah nak bertembung ngan Faredds nanti."Sambil ketawa.Aku terdiam dan dari situ kami semua berpecah untuk pulang ke  rumah masing-masing.Aku terpaksalah pulang bersama dengan Aan.


         Dalam perjalanan pulang, perjalanan kami sunyi tanpa perbualan.Kalau aku senyap,dia juga senyap.Dalam kesunyian itu, aku sempat menoleh ke muka Aan yang sangat kacak,dalam masa yang sama jantung aku berdebar-debar bagaikan ada sesuatu yang sedang mengetuk-ngetuk pintu hati aku ini.Terasa peritnya jantung itu bergerak-gerak.Pandangan ku terhenti apabila terdengar suara seseorang sedang memanggil aku dari arah belakang.Lalu aku dan Aan menoleh."Hai sayang,dah balik rumah?Dengan siapa?"Kata Faredds dengan nada yang menggatal, orang yang paling aku menyampah dalam dunia."Kau ni, tak habis-habis lagi ke nak kacau aku?Ape aku buat dekat kau selama ni?"Balas aku dengan muka yang tidak ceria dan dahiku mula berkerut.Aan menoleh ke muka aku dengan muka yang pelik dan tidak faham apa yang sedang berlaku."Siapa jantan ni?" Sambil menunding jarinya ke muka Aan.Aku terdiam dan terus membalas dengan suara kuat "Pakwe aku, kenapa?Cemburu?" Faredds terdiam lalu menolak Aan dan mecuba untuk menumbuknya.Tetapi, tumbukan itu sempat ditepis oleh Aan.Aan terus memulaskan tangan Faredds.Faredds menjerit kesakitan lalu beredar dari tempat itu.Dia sempat lagi berkata "Tunggu kau! Ada hari aku balas !" 


            Aan bertanya kepada aku, "Kenapa awak cakap,saya pakwe awak?" Dengan matanya tajam menoleh aku."Ermm, sebenarnya Faredds tu budak yang suka aku.Tapi, aku tak sukakan dia.Dia ganas dan selalu ponteng sekolah.Lagipun, aku anti kan cinta-cintun ni.Sorrylah aku cakap tadi."Sambil menundukkan muka aku.Aan hanya terdiam dan terus memulakan perjalanan kami.Setelah sampai kelorong untuk masuk kerumah aku, aku sempat berkata "Lupakan apa yang berlaku hari ni, aku tak nak kau hebohkan dekat sesiapa kalau kau nak jadi kawan aku.Aku nak cakap thanks dekat kau sebab dah selamatkan aku dari Faredds tadi.Kalau tak ada kau tadi, nahas aku."Aku tersenyum sambil menoleh ke mukanya.Senyuman ku dibalas dengan suatu senyuman yang sangat manis sehingga boleh menjatuhan jantung sesiapa yang mendapat senyuman itu.

            Pada malam itu, ketika aku sedang mengurung diri aku didalam bilik dan membuat homework yang telah cikgu berikan pada waktu persekolahan pagi tadi,aku teringat akan kekuatan Aan menepis tangan Faredds dari menumbuknya.Gayanya tidak sesuai dengan cara dia berkata-kata sungguh lembut, jauh berbeza dengan aku.Jantung ku mula berdegup kencang, malah lebih kencang dari degupan ketika aku bersama Aan.Aku mula berasa resah, ingin aku luahkan kepada Mila yang memang hebat dengan semua masalah.Segala masalah aku sentiasa aku kongsikan dengan Mila, kerana dia sahaja yang lebih memahami aku.Jika aku berkongsi dengan Syara, dia pendiam dan tidak suka bercerita jikalau aku berkongsi dengan Danisha dia mulut murai yang tidak pandai menyimpan rahsia orang.Hanya Milalah tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah.Semakin banyak aku memikirkan pasal Aan, semakin laju pula jantung aku berdegup.Mungkin lebih laju dari jantung orang yang sedang berlari.Aku tersenyum sendirian tanpa menyedari jam dinding sudah mula menunjukkan pukul 11.00 malam.



JANGAN LUPA UNTUK BACA EPISOD SETERUSNYA!---->

ohh ! untung nya!

Délicieuses Délices


assalamualaikum, and hai...untung nye sepupu aku...yang bernama Aby nama panggilan..nama penuh dia aku tk ingat...dia sepupu aku..haha! cerita nye cmni...masa die teman kakak die iaitu sepupu aku gak pegi belakun dekat penang, produser ajk die berlakon jgk soo, dr situlah dia jadik pelakon...CONGRATES kak Aby! haha...semoga maju jaya..jangan lupa, nanti kalau ada berlakon cerita apa2 ajak lah i'a masok sekali ! hahaha....kidding je , kalau betul2 pon bole..haha...nak tengok dia masuk youtube ? sila klik di sini : youtube.com

Cinta Pertama ♥ (part 1)

     Aku, Najwa Liana bt Mansor.Masih lagi bersekolah di Sekolah Menengah Sri Cempaka, Cheras.Aku seorang yang lasak dan juga seorang yang pemarah.Mungkin kalau dilihat dari sekilas lalu, aku kelihatan seperti seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa.Aku mempunyai ramai kawan, iaitu Mila, Syara dan Danisha. Kami ANTI akan Couple.Kelas aku penuh dengan orang yang gila akan Couple ni.Aku paling tidak tahan dengan si Farah yang suka menunjuk pakwe dia yang kacak lagi bergaya itu.Bagi aku, dia kelihatan seperti Mr. Bean sahaja.

    Kriiiingggggg ! tamatnya masa pelajaran Matamatik di kelas aku. Kini jam dinding menunjukkan pukul 10.30 pagi, tibanya waktu rehat murid tingkatan 1 dan 2.Aku,Mila,Syara dan Danisha menurun tangga Blok Chemistry lalu menuju ke kantin sekolah.Aku melihat sekeliling kantin dipenenuhi dengan ramai pelajar."Eh, ramai pulak budak-budak hari ni?" kata Mila, lalu dijawap oleh Danisha "Ofcorselah, hari first sekolah." sambil menggelengkan kepalanya.Kami membatalkan hasrat untuk ke kantin lalu menuju ke perpustakaan.Mujurlah perpustakaan tidak sepadat di kantin.Kami duduk di kerusi bahagian depan menghadap penghawa dingin yang berada didepan.Lega rasanya kalau Malaysia ini ada salji, kata hati aku.

     Sebelum loceng berbunyi, aku dan kawan-kawan aku masuk kedalam kelas dahulu, kerana risau tangga di  Blok Chemistry akan sesak dengan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2.Ketika dalam perjalanan ke kelas, aku sempat menoleh ke bahagian pejabat.Aku terlihat seorang lelaki berkulit putih dan berambut hitam berkilat disisir dengan rapi.Aku terpegun dengan gayanya.Aku terus mencuit bahu Syara yang berada didepan aku "uitt, handsomekan budak itu, budak baru ke? Tak pernah aku tengok dia dekat sekolah ini?" kata aku sambil ketawa, Syara hanya tersenyum dan menoleh sekali lalu sahaja pada lelaki tersebut.Siapakah dia? Kata hati aku.

      Setibanya aku dikelas, aku kembali ke tempat duduk aku dan meneguk sedikit air yang telah aku bawa dari rumah.Cikgu Lily yang mengajar aku mata pelajaran Sejarah dan juga merupakan guru kelas aku memasuki ke kelas aku.Aku menegurnya, "Assalamualaikum cikgu, tak ada budak baru ke yang masuk kelas kita?" sambil tersenyum dan menampakkan lesung pipit di sebelah kanan aku,lalu cikgu berkata "Waalaikumussalam, ada.Murid lelaki. Nanti dia akan memperkenalkan diri di hadapan. Kenapa? Nak mengorat ke? Hahaha" aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala dan sedikit demi sedikit kelas aku dipenuhi pelajar dan terus aku kembali ke tempat duduk aku.

        3 minit sesi pembelajaran telah berlalu, aku masih tertanya-tanya siapakah pelajar baru itu? Adakah lelaki yang aku terlihat disebelah pejabat ketika waktu rehat sebentar tadi ataupun, orang lain? Hati ini mula berdebar-debar tanpa arah tuju.Perasaan ingin tahu itu semakin memuncak.Tiba-tiba, seorang lelaki berusia 40-an berada di luar kelas sambil mengetuk pintu, lalu seorang lelaki yang tidak jelas mukanya kerana sinaran matahari masuk kedalam kelas dan memperkenalkan dirinya kepada semua orang.Mungkin itulah pelajar baru itu manakala seorang lelaki berusia 40-an itu bapanya,kata hati aku.Lelaki itu bernama Muhammad Farhan Syazwan bin Fazriel.Dia datang dari sekolah di sekitar Klang.Setelah selesai memperkenalkan diri, Cikgu Lily menyuruh Syazwan duduk dibelakang aku.Dalam perjalanannya ke meja belakang, aku sempat menoleh mukanya. Aku terkejut ! Debaran didada semakin mendalam, apabila dia adalah lelaki yang aku terlihat di sebelah pejabat tadi. Hampir gugur jantung aku melihatnya.Dia mempunyai bulu mata yang lebat. Bibirnya kemerah-merahan, pipinya kemerah-merahan bagaikan memakai makeup. Terpegun aku melihatnya. Jantung aku semakin kuat bergoncang.Tangan aku terketar-ketar.Tidak terkata pada bibir aku.Apakah perasaan ini?Adakah kerana aku ini terkejut ataupun kerana melihat mukanya yang begitu kacak?



NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA ! ------>

perubahan =')

assalamualaikum, and hai....semua orang ada perubahan kan ? perubahan pada segi perasaan, segi gaya and semua segilah...and artis paling aku tngk muka dia mase time kecik comel sangat2 and aku akan sediakan sekali dengan muka diorang time besar...dorang semua pelakon dari cerita My Girl 1 & 2 , The Mighty Ducks 1,2 & 3..lets start with My Girl...aku hanya amek beberape je, kalau amek semua tk uat lah plk..haha

* Anna chlumsky before

*Anna chlumsky after


*Macaulay culkin before

*Macaulay Culkin after


*Joshua jackson before

*Joshua jackson after

lol's perubahan ketara...huhu ! joshua jackson tuh masa kecik die hensem weh !! aku tngk dia dalam cerita The Mighty Ducks sangat2 hensem ! Aku jatuh hati kot ! aku pkey cerita tuh masa 2007 ke 2005 ke ape ke ann, rupa2 nya 1990...Ohsemmm ! Tak de can lah aku nie ! ahahah, yang Macaulay Chulkin tuh...die pernah belakun dalam cerita Home Alone 1, huhu ! Anna Chlumsky tuh comel gilakk masa kecik..die belakun dalam cerita My Girl 1 & 2 dengan macaulay chulkin..cerita tuh sangat sedih..huhu ! aku nangis teresak-esak tau !..huhu...jiwa perempuan masih berleluasa dalam diri aku neyh oke ! hahaha....k lah that's all ! byeee


         

schooolllll !!

assalamualaikum !! masyaallahh ! ahlan wasahlan ! hehehe, lama benor aku tk ber-belogging and ber-facebook nie ! maklumlah, internet buat hal....masalah die tk nyala yng 'internet' heyssss, hari pertama sekolah..aku melihat sekeliling kawasan sekolah...melihat di setiap penjuru....berjalan berseorangan di padang yang luas terbentang...indahnya, hari itu...biarlah diri ini, berjemor di tengh panas yang terik...memeritkan mata dan juga menyakitkan kepala....sampai didepan BB, mencari-cari..."di manakah dia?" siapa kah die ? sahabatku, syafiqah..miss her soo much10 ! dengan muka yang tengh terasa bahang matahari...berjalan ke depan dewan....bertanyakan kepada pengawas yg aku kenali.."mana budak2 amanah?" lalu, di tunjuklah dengan jari telunjuk sambil berkata "tuu!" wow ! mereka sungguh cantik...sempat lagi berkata "Kau dh berubah arifa, makin cantik" lol's....aku tk pernh rase diri ini cantik..mata orang memberikan keterangan tentang diriku...masuklah kami kedalam dewan...

pada hari itu juga..ada 3 orang lelaki yang baru memasuki kelasku...kawan kelasku yang dahulu bernama shazriel telah berpindah tanpa pengetahuanku...lelaki itu ketinggiannya sederhana, seorang kulit putih, seorang kulit coklat dan seorang lagi hitam2 manis...pemalu sikapnya...pada hari ini, jumaat 6/01/2012 pertambahan murid kelas amanah meningkat daripada 35 kepada 36, seorang perempuan manis...cantik, sopan, pemalu...telah memasuki kelas kami...namanya nur sabrina...baru berpindah daripada sekolah tun hussein onn...itulah ceritaku pada hari ini...

p/s: amacam ? ada gaya pereka novel tk? hahaha ! harap paham apa yang aku maksudkan oke ! hehehe,

couple or single ?

Andy McParrot: Love is Love

single or couple ? humm, kalau aku..better amek single dari kapel... but why? couple is indah....malam2 bole mesej2...tk rasa boring...happy je selalu...haha! for me..that was funny...single pon bole mesej2...single pon tk boring...and single pon bole happy selalu jee..! hummm, but somebody think that single was boring and always felt lonely because nobody can make her or he cheer up...owwchh ! come on guys! single tk boring lah...kalau single...we will feel free and always happy dengan family, friends....kita sdh ada kasih sayang....tk perlu nk menambahkan kasih sayang yg lain....jyeahh, couple tk salah...but i'm just saying ! errr, oke2..lepas nie....korang tk perlulah pkey2 sngt nk clash ngan BF korang oke...aku buat entry nie just untk cheer up org2 yg tengah single...hahhaa ! don't worry...aku tk memerli pon sape2 yang kapel...oke2..amek notes, aku tak MEMERLI ! oke gud...back to the story, single ! we can do anything ! usha lelaki ke ? hahaha...and chat with lelaki ke...and2 can make a boy our best friend...but, if kita ada boyfriend...just think about it, mesti lah kita kena jaga hati diorang supaya diorang tk nk break dgn kita kan ? hahaha, sesingle mana pon kita....lame2 ade jodoh yg menanti....^_^

p/s: hope sangat2 sape2 yg terasa tuh...tolong lah !!! jangan marah aku !!! aku buat entry nie just untk cheer up kan orang yg single and selalu dibelenggu masalah nk berpunya....sebnyk 90% dalam catatan aku...yg tengah merana hidup single...ceeriakan hari single mu dengan buat apa2 aja....yang tidak menyesiakan kehidupan...^_^ dan menyebelahi agama....