Cinta Pertama ♥ (Part2)

         Pelajar lelaki itu terus menuju ke meja di belakang aku, aku melihatnya tanpa berkelip dari dia mula berjalan ke belakang, aku rasa mungkin dia rasa tidak selesa dengan pandangan aku tetapi aku tidak ambil peduli tentang itu kerana aku masih tertanya-tanya dengan hati aku, apakah perasaan yang sedang aku alami sekarang."Baiklah kelas! Kita sambung pembelajaran kita, Farhan keluarkan buku Sejarah dan cikgu ingin kamu gunakan 2 buah buku panjang, 1 untuk nota dan satu lagi untuk latihan ok." Tegas Cikgu Lily memberi arahan, aku berhenti dari lamunan dan terus memberi perhatian.

         Setelah tamatnya mata pelajaran Sejarah, aku menoleh ke belakang lalu berkata, "Hai, aku Najwa Liyana kau boleh panggil aku Najwa ataupun Liyana.Aku nak panggil kau apa?" "Hai Najwa, awak boleh panggil saya Farhan kalau boleh saya mahu awak panggil saya Aan." Sambil tersenyum.Aku terkejut lalu mentertawa kannya, cara percakapannya seperti seorang lelaki yang tiada sifat lelaki."Kau ni ok ke tak?Cakap macam maknya je, geli aku!" Lalu terus ketawa.Farhan menundukkan mukanya yang terasa dirinya begitu terhina, aku terus berhenti ketawa dan memujuknya "Lah! Lek lah, aku main-main je.Takkan nak merajuk kot.Kita kawan ok!" Farhan terus mengangkatkan mukanya dan tersenyum.Senyumannya terlalu ikhlas, bukannya seperti Faiz dan Shafiq senyumannya tidak ikhlas dan kelihatan sombong.

        Setelah tamat sesi persekolahan, aku,Mila,Syara dan Danisha menuju ke pintu pagar sekolah tiba-tiba kami terasa bagaikan ada seseorang yang sedang mengekori kami dari belakang, tanpa segan silu aku terus menoleh ke belakang dan terkejut rupa-rupanya dia adalah Aan ataupun Farhan."Wawa boleh saya tahu, awak tinggal dimana?" Aku dan kawan-kawan aku yang lain pelik, Wawa? Siapakah Wawa? Lalu Syara bersuara "Siapa Wawa?Mana ada Wawa dekat sini.Kau salah orang kot.""Wawa itu Najwalah." Lalu dijawab oleh Aan.Aku terkejut, indahnya nama panggilan aku.Lembut bunyinya.Wawa, boleh tahan juga."Oh, aku ke? aku fikir awek kau tadi.Aku duduk dekat Taman Permata 1, kenapa?Kau duduk dekat mana?""Oh, saya duduk dekat Taman Permata 2,kalau tak silap Taman Permata 1 dekat belakang Taman Permata 2 je kan?" aku tersentap, ye tak ye jugak Aan ni cakap.Kalau Mila duduk dekat Taman Awana dengan Syara, Danisha pula ibunya yang ambil.Aku selalu balik berseorangan dan terpaksa mengharungi jalan yang penuh dengan budak nakal-nakal melepak, kata hati aku."Woo! Najwa, kau dah ada teman nak balik rumah lah sekarang kan? senang lah kau nanti.Tak payah nak bertembung ngan Faredds nanti."Sambil ketawa.Aku terdiam dan dari situ kami semua berpecah untuk pulang ke  rumah masing-masing.Aku terpaksalah pulang bersama dengan Aan.


         Dalam perjalanan pulang, perjalanan kami sunyi tanpa perbualan.Kalau aku senyap,dia juga senyap.Dalam kesunyian itu, aku sempat menoleh ke muka Aan yang sangat kacak,dalam masa yang sama jantung aku berdebar-debar bagaikan ada sesuatu yang sedang mengetuk-ngetuk pintu hati aku ini.Terasa peritnya jantung itu bergerak-gerak.Pandangan ku terhenti apabila terdengar suara seseorang sedang memanggil aku dari arah belakang.Lalu aku dan Aan menoleh."Hai sayang,dah balik rumah?Dengan siapa?"Kata Faredds dengan nada yang menggatal, orang yang paling aku menyampah dalam dunia."Kau ni, tak habis-habis lagi ke nak kacau aku?Ape aku buat dekat kau selama ni?"Balas aku dengan muka yang tidak ceria dan dahiku mula berkerut.Aan menoleh ke muka aku dengan muka yang pelik dan tidak faham apa yang sedang berlaku."Siapa jantan ni?" Sambil menunding jarinya ke muka Aan.Aku terdiam dan terus membalas dengan suara kuat "Pakwe aku, kenapa?Cemburu?" Faredds terdiam lalu menolak Aan dan mecuba untuk menumbuknya.Tetapi, tumbukan itu sempat ditepis oleh Aan.Aan terus memulaskan tangan Faredds.Faredds menjerit kesakitan lalu beredar dari tempat itu.Dia sempat lagi berkata "Tunggu kau! Ada hari aku balas !" 


            Aan bertanya kepada aku, "Kenapa awak cakap,saya pakwe awak?" Dengan matanya tajam menoleh aku."Ermm, sebenarnya Faredds tu budak yang suka aku.Tapi, aku tak sukakan dia.Dia ganas dan selalu ponteng sekolah.Lagipun, aku anti kan cinta-cintun ni.Sorrylah aku cakap tadi."Sambil menundukkan muka aku.Aan hanya terdiam dan terus memulakan perjalanan kami.Setelah sampai kelorong untuk masuk kerumah aku, aku sempat berkata "Lupakan apa yang berlaku hari ni, aku tak nak kau hebohkan dekat sesiapa kalau kau nak jadi kawan aku.Aku nak cakap thanks dekat kau sebab dah selamatkan aku dari Faredds tadi.Kalau tak ada kau tadi, nahas aku."Aku tersenyum sambil menoleh ke mukanya.Senyuman ku dibalas dengan suatu senyuman yang sangat manis sehingga boleh menjatuhan jantung sesiapa yang mendapat senyuman itu.

            Pada malam itu, ketika aku sedang mengurung diri aku didalam bilik dan membuat homework yang telah cikgu berikan pada waktu persekolahan pagi tadi,aku teringat akan kekuatan Aan menepis tangan Faredds dari menumbuknya.Gayanya tidak sesuai dengan cara dia berkata-kata sungguh lembut, jauh berbeza dengan aku.Jantung ku mula berdegup kencang, malah lebih kencang dari degupan ketika aku bersama Aan.Aku mula berasa resah, ingin aku luahkan kepada Mila yang memang hebat dengan semua masalah.Segala masalah aku sentiasa aku kongsikan dengan Mila, kerana dia sahaja yang lebih memahami aku.Jika aku berkongsi dengan Syara, dia pendiam dan tidak suka bercerita jikalau aku berkongsi dengan Danisha dia mulut murai yang tidak pandai menyimpan rahsia orang.Hanya Milalah tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah.Semakin banyak aku memikirkan pasal Aan, semakin laju pula jantung aku berdegup.Mungkin lebih laju dari jantung orang yang sedang berlari.Aku tersenyum sendirian tanpa menyedari jam dinding sudah mula menunjukkan pukul 11.00 malam.



JANGAN LUPA UNTUK BACA EPISOD SETERUSNYA!---->

No comments:

Post a Comment