Cinta Pertama ♥ (part 1)

     Aku, Najwa Liana bt Mansor.Masih lagi bersekolah di Sekolah Menengah Sri Cempaka, Cheras.Aku seorang yang lasak dan juga seorang yang pemarah.Mungkin kalau dilihat dari sekilas lalu, aku kelihatan seperti seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa.Aku mempunyai ramai kawan, iaitu Mila, Syara dan Danisha. Kami ANTI akan Couple.Kelas aku penuh dengan orang yang gila akan Couple ni.Aku paling tidak tahan dengan si Farah yang suka menunjuk pakwe dia yang kacak lagi bergaya itu.Bagi aku, dia kelihatan seperti Mr. Bean sahaja.

    Kriiiingggggg ! tamatnya masa pelajaran Matamatik di kelas aku. Kini jam dinding menunjukkan pukul 10.30 pagi, tibanya waktu rehat murid tingkatan 1 dan 2.Aku,Mila,Syara dan Danisha menurun tangga Blok Chemistry lalu menuju ke kantin sekolah.Aku melihat sekeliling kantin dipenenuhi dengan ramai pelajar."Eh, ramai pulak budak-budak hari ni?" kata Mila, lalu dijawap oleh Danisha "Ofcorselah, hari first sekolah." sambil menggelengkan kepalanya.Kami membatalkan hasrat untuk ke kantin lalu menuju ke perpustakaan.Mujurlah perpustakaan tidak sepadat di kantin.Kami duduk di kerusi bahagian depan menghadap penghawa dingin yang berada didepan.Lega rasanya kalau Malaysia ini ada salji, kata hati aku.

     Sebelum loceng berbunyi, aku dan kawan-kawan aku masuk kedalam kelas dahulu, kerana risau tangga di  Blok Chemistry akan sesak dengan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2.Ketika dalam perjalanan ke kelas, aku sempat menoleh ke bahagian pejabat.Aku terlihat seorang lelaki berkulit putih dan berambut hitam berkilat disisir dengan rapi.Aku terpegun dengan gayanya.Aku terus mencuit bahu Syara yang berada didepan aku "uitt, handsomekan budak itu, budak baru ke? Tak pernah aku tengok dia dekat sekolah ini?" kata aku sambil ketawa, Syara hanya tersenyum dan menoleh sekali lalu sahaja pada lelaki tersebut.Siapakah dia? Kata hati aku.

      Setibanya aku dikelas, aku kembali ke tempat duduk aku dan meneguk sedikit air yang telah aku bawa dari rumah.Cikgu Lily yang mengajar aku mata pelajaran Sejarah dan juga merupakan guru kelas aku memasuki ke kelas aku.Aku menegurnya, "Assalamualaikum cikgu, tak ada budak baru ke yang masuk kelas kita?" sambil tersenyum dan menampakkan lesung pipit di sebelah kanan aku,lalu cikgu berkata "Waalaikumussalam, ada.Murid lelaki. Nanti dia akan memperkenalkan diri di hadapan. Kenapa? Nak mengorat ke? Hahaha" aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala dan sedikit demi sedikit kelas aku dipenuhi pelajar dan terus aku kembali ke tempat duduk aku.

        3 minit sesi pembelajaran telah berlalu, aku masih tertanya-tanya siapakah pelajar baru itu? Adakah lelaki yang aku terlihat disebelah pejabat ketika waktu rehat sebentar tadi ataupun, orang lain? Hati ini mula berdebar-debar tanpa arah tuju.Perasaan ingin tahu itu semakin memuncak.Tiba-tiba, seorang lelaki berusia 40-an berada di luar kelas sambil mengetuk pintu, lalu seorang lelaki yang tidak jelas mukanya kerana sinaran matahari masuk kedalam kelas dan memperkenalkan dirinya kepada semua orang.Mungkin itulah pelajar baru itu manakala seorang lelaki berusia 40-an itu bapanya,kata hati aku.Lelaki itu bernama Muhammad Farhan Syazwan bin Fazriel.Dia datang dari sekolah di sekitar Klang.Setelah selesai memperkenalkan diri, Cikgu Lily menyuruh Syazwan duduk dibelakang aku.Dalam perjalanannya ke meja belakang, aku sempat menoleh mukanya. Aku terkejut ! Debaran didada semakin mendalam, apabila dia adalah lelaki yang aku terlihat di sebelah pejabat tadi. Hampir gugur jantung aku melihatnya.Dia mempunyai bulu mata yang lebat. Bibirnya kemerah-merahan, pipinya kemerah-merahan bagaikan memakai makeup. Terpegun aku melihatnya. Jantung aku semakin kuat bergoncang.Tangan aku terketar-ketar.Tidak terkata pada bibir aku.Apakah perasaan ini?Adakah kerana aku ini terkejut ataupun kerana melihat mukanya yang begitu kacak?



NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA ! ------>

No comments:

Post a Comment